"BARANGSIAPA YANG MEMBERI CONTOH KEBAIKAN DALAM ISLAM, MAKA BAGINYA PAHALA TERSEBUT & PAHALA ORANG YANG MELAKUKAN KEBAIKAN SETELAHNYA, TANPA MENGURANGI PAHALA MEREKA SEDIKIT PUN." (HADIS RIWAYAT MUSLIM

La Tahzan ''Bersabarlah Wahai Hati''

Bismillahhiramannirahim,


''Berkongsi setitis ilmu, biarkan kita takpandai dalam hal itu tetapi tetaplah berkongsi kerana tiada seorang manusia pun didunia ini sempurna''

Untuk mendidik hati untuk bersabar bukan senang, ia perlu disemai benih kesabaran dengan berdoa kepada yang maha esa. Apabila kita dihina, adakah senang untuk kita senyum pada si pembuat? Tetapi waktu itu didiklah hati kita bahawa Allah ada disisi kita, allah akan dengar rintihan hatiku.


''orang yang bahagia ialah yang dijauhkan dari fitnah-fitnah dan orang yang bila terkena ujian dan cobaan, dia bersabar. (HR.Ahmad)''


SCENE 1
A: Kau ni maen dah lah tak hebat, kuarlah sana.
(ditertawakan oleh orang laen)
B: Dengan begitu bengan dia mengata balek, kau bukan maen power sgt.


Takperlu untuk kita balas apa yang kawan kita perlekehkan. Sebaliknya senyumlah dengan kata-kata itu. Dan percayalah bahawa tuhan ada disisimu. Andai kata si B membalas apa yang diperkatakan oleh si A, si B ibarat diri dia sama level. Biarkan apa yang orang nak perkatakan, sesunguhnya apa yang dia perolehi waktu sekarang itu semua tidak kekal, dan boleh ditarik pada bila-bila masa sahaja.




Ingatlah bila kita diuji dengan musibah-musibah seperti ini, percayalah Allah nak tinggi kan darjat kau disisinya kerana kau takpernah melupakan dia. Selayaknya kita diuji dahulu. Contohsebelum kita diiktiraf untuk memagang jawatan sesuatu pasti kita akan diuji bagitu juga dengan hidup ini, konsepnya takjauh beza. Semua yang diciptakan oleh Allah ini adalah sesuai. Mungkin apa yang kita terima hari ini dari rakan kita untuk membakar dosa kita pada waktu lampau. Bila kita diuji sebegitu percayalah Allah nak letakkan kita terbaik disisinya, jangan pernah bersedih kerana doa tak dimakbulkan sebaliknya perbanyakkan solat dan berdoa. Menangislah dalam solatmu dan mengadu pada yang maha esa andai itu terjadi kerana waktu itu tiada manusia pun boleh jadi pendengar yang baik selain allah. Pada waktu itu juga akan Allah tunjukkan siapakah kawan kita yang sebenar dan siapa musuh kita yang sebenar. Dan senyumlah waktu itu kerana kau diselamatkan oleh Allah untuk melihat semua itu. La tahzan inallaha ma'ana :)